MLM ini bisnes MENIPU dan ada juga yang kata Skim Cepat Kaya !

January 30, 2020
1 min read

Betulkah Mlm ini bisnes menipu?

.

Kalau betul boleh buat kita cepat kaya, kenapa tidak buat. Bukankah kita semua mahu kaya. Apapun MLM bukan skim cepat kaya seperti yang anda fikirkan. Dan saya sangat yakin ramai saja penggiat mlm di dalam friendlist saya ini kan.

.

Yang kata menipu tu pun mungkin boleh dipertimbangkan, tapi yang menipu itu adalah manusia yang buat MLM, jadi kenapa kata MLM itu pula yang menipu. MLM itu kalau kita pandang dari sudut positif, ia sangat baik. Boleh baca post saya yang semalam tu.

.

Pada saya, apapun bisnes yang anda sedang buat, tidak akan ada istilah goyang kaki atau duduk diam dapat duit. USAHA itu perlu, tapi dalam MLM usahanya tidaklah sesusah perniagaan lain. Yang kata susah tu, memang susahlah.

.

Dan, paling penting produk yang dijual oleh syarikat MLM itu adalah produk yang baik dan berkesan untuk kegunaan ramai orang supaya banyak ‘repeat order’

.

Anda ada pandangan lain?

Kalau mahu kecam MLM pun dipersilakan, kita terima pandangan semua orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *