Copy Paste
Situasi : Seorang prospek bertanya tentang produk yang dia nampak dalam iklan FBads lalu dia pun bertanya tentang produk tersebut.
Tindakan : Anda pun terus reply semua detail produk termasuk no akaun dan no telefon dengan harapan prospek tadi terus bank in dan anda hanya tunggu resit bayaran.
keputusan Closing : 90% Gagal
Terlalu Memaksa
Situasi : Anda terlalu memaksa prospek untuk closing secepat mungkin sedangkan dia belum kenal anda, produk anda dan belum pun selesa dengan anda.
Contoh ayat : Hai sis, petang ini saya nak COD, sis nak join sekali?
Tindakan : Anda kena pandai baca situasi, kena tahu apa masalah prospek dan banyakkan berinteraksi dengan dia terlebih dahulu.
Tiada Testimoni Spesifik
Contoh : Prospek ada masalah jerawat, tapi bagi testimoni pasal kulit kusam. Kalau prospek ada masalah jerawat batu, bagi testimoni berkenaan jerawat batu.
Solusi : Bagi testimoni dalam bentuk yang nyata terutama gambar sebelum dan selepas. Jangan biasakan bagi testimoni yang berbentuk teks.
SERABUT
Situasi : Reply prospek dengan short form, terlalu banyak symbol dalam teks dan ayat putar-putar.
Solusi : Jangan guna short form, jangan terlalu banyak symbol dan gunakan ayat yang jelas
Follow Up Yang Memaksa
Situasi : selalu tanya prospek, “Sudah bank in ka belum?”, “Bila nak bank in?”
kesan : Prospek fikir kit ani tukang kutip hutang. Kita ada kebarangkalian kena block .
Semoga ada manfaatnya perkongsian ini,