COVID-19 : Peluang Sembuh Tinggi, Dengan Izin Allah

March 23, 2020
1 min read

Berdasarkan apa yang saya baca dan amati dari semua sumber berkenaan dengan statistik penyakit berjangkit ini. Saya berpendapat bahawa peluang untuk sembuh daripada virus ini adalah tinggi kecuali orang yang positif covid ini ada isu kesihatan (sakit yang kronik) dan imunisasi rendah.
.
Virus ini sangat pantas merebak sebab itu kawalan pergerakan dibuat untuk memutuskan rantaian jangkitan. Kalau sudah putus, insyaAllah virus ini tumpas. 3 perkara ini perlu ada dan dipraktikkan untuk melawan covid19.
.
• Rahmat Allah
• Sistem imunisasi yang kuat
• Kuarantin
.
Patuhihlah arahan pihak berkuasa, mereka tidak akan berikan arahan kalau ia tidak berikan kebaikan. Mereka berusaha untuk membantu kita agar terhindar dari virus ini, tugas kita hanya ikut arahan.
.
Tidak susah kan..
.
Yang pasti itu MATI, hikmahnya penyakit ini ialah mengingatkan kita terhadap mati,dan mudah-mudahan mendekatkan lagi diri kita dengan Sang Pencipta.
.
Saya yakin ada banyak hikmah lain daripada penyakit ini, insyaAllah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *