TENTANG SAYA

Internet Marketer & Self Employed

Assalamualaikum dan Hai..
.
Saya Azizul Lemin berasal dari daerah Kota Belud Sabah. Sebelum ini saya pernah menjadi Penolong Jurutera selama 10 tahun dalam sebuah syarikat swasta perunding kejuruteraan awam. Dalam syarikat ini saya terbabit dalam pengurusan dan pengawasan beberapa kerajaan dan swasta seperti projek bangunan, perpaipan, jalan raya dan lain-lain yang berkaitan.
.
Saya mula aktif menjana pendapatan di Internet sejak tahun 2005 lagi. Ketika itu saya memang minat dengan apa juga program yang boleh menjana pendapatan di internet seperti program affiliate. Sejak daripada itu saya mula mempelajari dan mendalami beberapa teknik untuk menjual dan berniaga di Internet.
.
Semasa saya di alam pekerjaan saya juga dalam masa yang sama menggunakan internet untuk menambah pendapatan sampingan sehinggalah saya berhenti kerja pada tahun 2017. Selepas itu saya terus fokus untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam pemasaran internet yang ketika itu merupakan sumber pendapatan utama saya.
.
Selain belajar sendiri melalui teknik “Try & Error” saya juga banyak belajar dari buku, ebook dan beberapa orang guru online seperti Irfan Khairi dan beberapa lagi mentor yang kurang dikenali tapi “power” sehingga saya boleh memahiri beberapa platform untuk melakukan pemasaran secara online sahaja.
.
Pada awal tahun 2015 saya aktif berkongsi tentang intenet dan macamana menggunakan media sosial sebagai tempat menjual samada produk digital ataupun fizikal. Saya selalu kongsikan semua ini melalui blog (sekarang ini blog baru sebab baru aktifkan semula selepas 3 tahun tidak digunakan) dan saya juga aktif berkongsi di FB personal saya.
.
Saya rasa cukup setakat ini tentang saya. InsyaAllah saya akan terus berkongsi dan membantu rakan-rakan lain melalui platform blog dan media sosial ini.
.
Folllow FB saya disini : www.facebook.com/azizullemin
Like Pages saya disini : www.facebook/com/azizullemin86
Join Channel Telegram saya disini : www.t.me/azizullemin

egemenerd

APA YANG BOLEH SAYA BANTU....

Sejak tahun 2016, saya aktif membuat kelas-kelas berkaitan dengan teknik/strategi pemasaran media sosial terutama Pemasaran di Facebook. Namun selepas melihat kaedah penyampaian di dalam kelas-kelas yang berkapasiti besar kurang berkesan. Saya secara perlahan-lahan mengurangkan kelas dan beralih kepada “Personal Coaching”.

Selain pemasaran di Facebook, saya juga berkongsi pemasaran Google dan Pemasaran Emel kepada kawan-kawan yang pernah mendapatkan khidmat “Personal Coaching” daripada saya. Dengan pengalaman yang saya ada, insyaAllah saya sebenarnya ingin membantu kawan-kawan yang berniaga secara online khususnya di Negeri Sabah.

Apa kelebihan coaching dengan saya?

  • Yuran coaching saya tidak mahal dan tidak juga murah. Tapi boleh runding kalau betul-betul serius mahu belajar.
  • Selepas coaching, saya tidak akan membiarkan anda begitu sahaja. Saya akan berikan “lifetime” support dengan syarat kalau anda masih bingung sila cari saya dan banyakkan bertanya. Tidak ada caj tambahan.
  • “Personal Coaching” boleh dibuat dimana-mana sahaja ikut keselesaan anda, janji tempat itu ada sambungan internet yang kuat.
  • InsyaAllah saya akan cerita dari A-Z pasal platform yang anda mahu belajar samada FBads, Google Ads ataupun Pemasaran Emel.

Folllow FB saya disini : www.facebook.com/azizullemin

Like Pages saya disini : www.facebook/com/azizullemin86

Join Channel Telegram saya disini : www.t.me/azizullemin


GALERI

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika kelas/bengkel/personal coaching sejak tahun 2015 sehingga sekarang..


HUBUNGI SAYA

Masukkan butiran anda dibawah sekiranya ada sebarang persoalan, pertanyaan ataupun cadangan yang baik-baik kepada saya.